8 Ways Technology Is Improving Education

salam semua.


Dah lama betul tak bagi apa-apa maklumat kat dalam blog nih.
Saya baru je dapat tweet dari teachtodayUK.. tweet dia bertajuk " 8 ways technology is improving education". Jadi saya nak share dengan kawan-kawan semua. mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita.


ok itu saje la saya kongsi untuk kali ini.
selamat malam

Rumusan

Salam semua,

hari ini saya ingin membuat rumusan mengenai pelajaran saya sepanjang 1 semester bertungkus lumus.

First of all, saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada pensyarah saya Tuan Haji Mohd Nazri Bin Md. Saad kerana dengan pendedahan yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan yang lain serta ilmu yang sangat berguna mengenai teknologi semasa dan akan datang..

Ok pada permulaan kelas kami di kehendaki membuka account gmail, skype, blog dan twitter. saya juga di dedahkan dengan penggunaan Google Docs, aplikasi webinar DimDim selain saya mendapat pengalaman belajar secara online dengan rakan-rakan saya.

Gmail.
Akaun gmail akan membolehkan saya menggunakan aplikasi google docs. Walaupun gmail bukan satu yang asing pada diri saya, tetapi aplikasi google docs adalah perkara baru dan saya belum pernah menggunakannya sebelum ini. Dalam penggunaan internet sebelum ini, saya lebih menggunakan Google berbanding Yahoo!. Ini kerana Google lebih mesra pengguna dan kurang image. Tuan haji telah menggunakan Google Docs sepenuhnya didalam P&P kali ini. kami berkongsi fail dan melakukan presentation melalui Google Present. Ianya amat mudah dan senang untuk dipelajari.

Skype
Skype jarang digunakan dalam kehidupan berinternet saya. tetapi selepas saya melibatkan diri dalam penggunaan Skype, saya dapati ianya mudah digunakan. saya menggunakan Skype untuk berhubung dengan rakan-rakan saya dan kami menggunakan video calls untuk lebih selesa.

Twitter
Saya baru sahaja menggunakan akaun twitter pada semester ini. pada mulanya agak sukar untuk mempelajarinya. kerana saya lebih kepada penggunaan Facebook. tetapi Tuan Haji lebih menyarankan penggunaan twitter. kebanyakkan update didalam kelas hanya melalui Twitter dan SMS. jadi saya pun ber'kenalan dengan lebih rapat dengan Twitter' sekarang saya sudah mempunyai ramai kenalan dan selalu mendapat update daripada mereka. Dan saya dapati Twitter lebih menjadikan kita mesra dengan pengguna yang lain.

Blog
Penggunaan blog di dalam siri kuliah pada semester ini amat menarik minat saya. walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi pada akhirnya saya mendapat banyak pengalaman dan pengajaran yang berguna melalui blog. Dan ini lah hasilnya. Dengan penulisan yang tidak seberapa, saya masih menulis, dan InsyaAllah akan terus menulis untuk perkongsian maklumat kita bersama. Blog ini banyak memberi saya input mengenai sesuatu perkara. ini kerana, dengan menulis blog, saya perlu membaca dan mendapatkan input yang sahih sebelum menulisnya.Saya juga boleh memberi pendapat tersendiri.

DimDim.
Penggunaan dimdim saya telah bincangkan pada entry sebelum ini dan apa yang dapat saya katakan adalah, DimDim adalah alatan yang dapat kita aplikasikan untuk pengajaran dan pembelajaran kita dengan pelajar. ianya menarik untuk diaplikasikan dan lebih santai untuk persekitaran pembelajaran.

Topik yang telah dibincangkan
1 - Cloud computing
2 - Web 2.0
3 - Connectivity
4 - Teknologi yang boleh digunakan di dalam pendidikan
5 - masalah yang dihadapi dalam mengaplikasikan teknologi.

Dan sebenarnya banyak lagi ilmu yang saya perolehi. Tinggal lagi saya yang akan memanfaatkan ilmu tersebut kepada anak didik saya pada masa akan datang. InsyaAllah. Banyak lagi isu yang boleh dibincangkan, tetapi jika bercakap mengenai teknologi tak pernah habis kerana teknologi sentiasa berubah dan kita perlu mengejarnya.

Terima kasih Tuan Haji atas segala curahan dan perkongsian ilmu. Kelas Tuan Haji memang best sangat, santai dan menyeronokkan. Mungkin untuk semester akan datang tuan haji guna kelas dalam Second Life pulak? belajar dalam bentuk 3D. Wahh, macam best jer.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam mengenali dunia teknologi ini.

Ok la, setakat itu sahaja untuk kali ini. Sekian terima kasih.

Reveal Your Personal Information


salam semua.

sebelum memulakan entry saya kali ini, saya nak bagi satu situasi yang mungkin bakal terjadi pada masa hadapan.

Imagine this kind of future:

You say: "Dear iPad (or whatever), I'm considering inviting Jane to lunch at The Observatory on Thursday, what can you tell me about that? Give me the widest scope of information possible."

Then your Web 3.0-enabled iPad (or whatever) says to you: "Jane has not eaten Sushi in the past 6 weeks but has 2 times in the year so far. [Location data] The average calorie count of a lunch meal at that location is 250 calories, which would put you below your daily goal. [Nutrition data online.] Please note that there is a landmark within 100 yards of The Observatory for which the Wikipedia page is tagged with 3 keywords that match your recent newspaper reading interest-list and 4 of Jane's.

"People who like sushi and that landmark also tend to like the movie showing at a theatre down the street. Since you have race and class demographics turned on, though, I can also tell you that college-educated black people tend to give that director's movies unusually bad reviews. Click here to learn more."

Ahaaaa..Bagaimana 2? Suprise? Teks yang di atas saya dapat dari arkitel yang bertajuk Privacy, Facebook and the Future of the internet. Bolehkah anda semua bayangkan bagaimana nanti, semua maklumat berkenaan diri kita akan di analisis oleh komputer dan ia akan membuat keputusan dan kita hanya perlu menekan butang YES and NO sahaja.

Saya bagi contoh, laman sosial yang anda semua gunakan, Facebook.Nama anda, gambar profil, jantina, bandar anda sekarang, rangkaian, senarai kawan dan semua lama yang anda 'subcribe' sudah boleh dicari dan semua pengguna boleh melihatnya. Ok, untuk keterangan lanjut, sila klik artikel ini. Facebook's Zuckerberg says the age of privacy is over. Walaupun anda telah setkan privacy anda hanya untuk rakan-rakan tertentu sahaja, tetapi kadang-kadang anda akan membenarkan pihak ketiga mengakses profil anda. tak percaya? lihat gambar di bawah.

Pihak ketiga yang anda benarkan ia mengakses profil anda

Jadi dimana privacy anda? Mungkin benar kata orang, teknologi semakin canggih, jadi tidak perlu lagi sebarang privacy. Everything can be shared.

Menurut artikel Privacy, Facebook and the future of the internet "Facebook's privacy changes were bad for two reasons
  • because they violated the trust of hundreds of millions of users, putting many of them at risk where they had felt safe before
  • because by burning that trust in the first major social network online, the next generation of online innovation built on top of social network user data is put at risk."
Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman web ini Online Privacy. Laman web ini akan menerangkan kepada anda apakah privacy, apakah aktiviti yang akan membuka maklumat kita dan lain-lain lagi.

Ok, sekian sahaja untuk kali ini. Semoga bertemu lagi...

Melayari kehidupan kedua anda.

Salam semua.

Apa khabar anda dan kehidupan maya anda? harap semuanya baik-baik sahaja.. semoga kehidupan maya anda juga baik-baik saja. Jangan berasa tertekan dengan alam siber ini. Semua ini untuk kemudahan kita bersama. bercakap mengenai alam siber, pernah anda dengar mengenai Second Life? pernah? xpernah? bagi yang pernah tentu anda sudah menggunakannya, ianya amat menarik bukan? Bagi yang belum pernah gunakan, saya sarankan cubalah dan rasai perbezaan dunia sebenar dan dunia kedua anda di alam siber ini.

Anda semua lihat dulu video ni berkaitan second life ini, then baru saya bagi input.





Kalau bercakap berdasarkan pengalaman, saya pernah menggunakan aplikasi IMVU. IMVU ini seperti juga second life tapi kurang dari segi feel. IMVU ini adalah rangkaian sosial dan dunia virtual berbentuk 3D di mana berjuta-juta orang bertemu, ber''chatting' dan bergembira dalam keadaan 3D yang beranimasi. Di sini kamu semua akan di wakili oleh avatar dan kamu semua boleh mempelbagaikan penampilan avatar kamu. Selain itu, kamu boleh mendekorasikan keadaan 3D kamu dengan membeli rumah atau sesebuah tempat dan perabot dan kamu boleh berinteraksi dengan orang lain dari seluruh dunia.


Tidak banyak beza dengan chatting aplikasi yang lain seperti YM dan Skype dimana kamu perlu menaip untuk berkomunikasi dan akan timbul "bubble talk" pada avatar kamu selepas kamu menaip dan menekan kekunci enter. Tetapi terdapat beberapa kelemahan pada IMVU. Pergerakan avatar kita terbatas dan kita hanya boleh menggerakkan avatar pada titik yang disediakan. Selain itu, bagi saya aplikasi IMVU tidak sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak. Dalam term and conditions aplikasi ini ada menyebut mengenai umur iaitu pengguna 18tahun ke bawah perlu meminta kebenaran ibu bapa dan pengguna mesti lah 13 tahun ke atas. Saya menggunakan IMVU untuk berchatting dengan rakan-rakan maya saya yang mempunyai kumpulan minat yang sama iaitu Anime. Jadi group kami berbincang mengenai anime dan manga sahaja. Sekarang saya tidak lagi menggunakannya kerana aplikasi ini sentiasa crash kerana komputer saya tidak mampu meyokong aplikasi ini.





Ok, itu berkenaan pengalaman saya menggunakan aplikasi IMVU. Sekarang kita mempunyai second life, dimana sepanjang pengamatan saya melalui video di Youtube, saya dapati avatar yang digunakan lebih hidup dan memberi feel yang lebih untuk 'hidup' di kehidupan kedua. Apa yang saya maksudkan disini adalah, avatar itu boleh berjalan dan bercakap. Sepanjang saya menggunakan IMVU, walaupun ia adalah kehidupan virtual, tiada fungsi untuk membolehkan avatar saya berjalan. Avatar saya perlu berada di titik yang telah ditentukan dan hanya boleh melompat dari satu titik ke titik yang lain.

Second Life (SL) adalah dunia virtual yang dibangunkan oleh Linden Lab dan dilancarkan pada 23 june 2003 dan ia boleh diakses melalui internet. Ia adalah program pelanggan yang percuma yang dipanggil "the Viewer" yang membolehkan penggunanya "the resident" melayari, berjumpa dengan resident yang lain, bersosial, menyertai aktiviti individu dan kumpulan, atau melancong keseluruh dunia "the grid". Terdapat 2 jenis second life iaitu SL untuk pengguna berumur 18 tahun keatas dan SL untuk pengguna 13-17 tahun yang dipanggil "Teen Second Life".

Di second life ini juga ada ruangan untuk education. Klik disini untuk gambar dan disini untuk maklumat lanjut. Jadi, sudah pasti lah, ianya boleh digunakan oleh para guru dan pelajar untuk berkomunikasi sesama sendiri dan seterusnya menjadikan Second life ini sebagai platform untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Pengajaran bahasa digunakan lebih meluas melalui SL ini. Aplikasi ini mungkin baru bagi kita semua, tapi pada masa akan datang ia mungkin dijadikan platform untuk berkomunikasi sesama pelajar dan guru.

Marilah kita sama-sama menjadi resident di kehidupan kedua ini. Bak kata orang tua-tua "Belum cuba belum tahu". Mungkin anda akan engage dengan aplikasi ini nanti. Siapa tahu kan?

Kajian Kes Penggunaan E-Book di sekolah di daerah Kuala Terengganu

Pengenalan

Dalam kepelbagaian pembacaan dan penggunaan, pembacaaan melalui aplikasi intrusksi e-book tidak banyak bezanya dengan pembacaan melalui buku yang dicetak. Penggunaan ebook di dalam kelas adalah aplikasi teknologi yang terbaik. Tidak kira apa juga platform yang digunakan untuk membaca e-book samaada handheld, komputer riba, komputer meja, kalkulator graphing, telefon bimbit ataupun pemain MP3, aplikasi ini sudah berada disekeliling kita sekarang dan kita perlu memanfaatkan sebaiknya teknologi ini (Cavanaugh,2006).

E-book yang pertama telah dicipta apabila manusia mula menggunakan sumber-sumber berbentuk elektronik seperti pemprosessan perkataan untuk mencipta dan menyimpan maklumat, Buku elektronik atau e-book adalah alatan komputer mudah alih yang direka untuk memudahkan penyimpanan dan paparan bahan pembacaan. E-book menyediakan pelbagai ciri yang membuatkan ianya sesuai untuk tugas sebenarnya seperti rekabentuk yang ringan, mudah untuk digunakan, berkebolehan untuk menyimpan bahan yang banyak dan mempunyai skrin backlit yang berkualiti tinggi untuk keselesaan pembacaan di setiap situasi pencahayaan.

Menurut Nelson(2008), e-book adalah buku elektronik yang boleh dibaca secara digital pada skrin komputer, alat pembaca e-book yang tertentu, personal digital assistant (PDA) atau telefon bimbit dan dalam erti kata lain, e-book digunakan pada skrin dan bukannya di kertas. E-book mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding buku bercetak. Antara kelebihan tersebut adalah, e-book boleh mengeluarkan penanda buku atau bookmark yang membenarkan pengguna terus kepada muka surat yang ditandai apabila membuka buku tersebut. Selain itu, adalah tidak mustahil untuk mencipta e-book yang sama kandungannya dengan buku yang dicetak iaitu dengan menggunakan kaedah mengimbas serta salinan PDF buku yang sedia dicetak itu dan seperti buku cetakan, e-book juga mempuyai gambar atau carta, indeks dan isi kandungan (Nelson, 2008).

Peluang untuk membawa sesuatu yang baru ke dalam bilik darjah amat dinantikan. Para pendidik berusaha mencari teknologi yang mudah digunakan, mudah diakses dan menarik minat pelajar sementara teknologi pula menyokong pekerja yang berusaha dalam mengekalkan teknologi yang mampu milik dan boleh dipercayai (Sowers, 2008). Di Malaysia, penggunaan e-book di kalangan pelajar masih belum meluas tetapi bermula tahun 2009, kerajaan negeri Terengganu telah mula mengaplikasikan e-book dalam pembelajaran pelajar sekolah rendah.

Latar belakang kajian

Bermula Mei 2009, kerajaan negeri Terengganu telah mengedarkan sebanyak 23000 unit komputer secara berperingkat. Komputer yang digunakan iaitu netbook dijadikan sebagai alat untuk membaca e-book yang mana kerajaan turut melihat projek e-Book di sekolah-sekolah Terengganu sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid-murid (Bernama, 2009). Sower (2008) berpendapat, pada masa manusia berbangga dengan teknologi yang ada sekarang, mengapa pelajar masih perlu membawa buku teks yang berat sedangkan alatan handheld dapat menyediakan maklumat yang sama? Alatan pembaca atau platform e-book ini akan dapat membaca pelbagai format e-book seperti Html/Xml, Text, Adobe Acrobat Reader, Microsoft Reader dan Palm Reader dengan menggunakan platform Windows atau Macintosh (Cavanaugh,2008). Dengan adanya alat membaca e-book dengan format yang sesuai, kaedah pembacaan pelajar akan dapat di pertingkatkan. Menurut Cavanaugh (2008), untuk membantu pelajar dalam membaca dengan lancar, pendidik perlu menyedia dan memantau pembacaan secara lisan dan untuk mencapai tujuan ini, pendidik perlu membantu pelajar dalam meningkatkan latihan melalui teknologi yang ada dan e-book dilihat adalah aplikasi yang terbaik.

Penglibatan guru dalam menggabungkan penggunaan teknologi dengan pengajaran mereka dilihat masih kurang dalam pendidikan kita pada hari ini. Kebanyakkan mereka masih berada ditahap ‘perlu belajar’ dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Guru perlu menjadi lebih kreatif dengan adanya penggunaan teknologi seperti e-book di sekolah. Pelbagai teknik pembelajaran boleh dilakukan menggunakan e-book tersebut contohnya, guru mencipta perisian pembelajaran yang interkatif untuk pelajar, berkongsi nota silibus dalam format ppt atau pdf, melakukan sidang video, pembelajaran melalui audio dan pelbagai lagi. Teknologi ini sebenarnya membantu para guru sebagai alat bantu pengajaran di dalam bilik darjah. Penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat setempat.

Isu yang sering kedengaran sekarang adalah penyalahgunaan e-book yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Pemantau penggunaan e-book dalam kalangan pelajar juga perlu dilakukan dan ini menjadi tanggungjawab guru dan ibu bapa dalam mendidik dan mencorakkan pelajar dalam mengendalikan alatan yang mereka terima. Penyalahgunaan e-book tersebut akan memberi kesan pembelajaran pelajar-pelajar ini dan seterusnya sekolah yang terbabit.

Metodologi

Peserta

Pelajar tahun lima sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu telah dipilih sebagai responden bagi temubual yang dijalankan. Pelajar-pelajar ini terbahagi kepada dua kelas yang berlainan. Setiap daripada mereka mempunyai e-book yang di sediakan oleh jabatan pendidikan negeri dan mereka mempunyai pengalaman dalam menggunakan komputer. Seorang guru yang mengajar mata pelajaran sains dan bahasa Malaysia, seorang EIO (Executive Information Officer) dan guru besar sekolah juga terlibat dalam temubual berkenaan. Selain itu, temubual bersama EIO dari sekolah yang berlainan di jalankan lebih awal menggunakan Yahoo! Messenger.

Bahan

Kajian memfokuskan kepada penggunaan komputer yang dibekalkan kepada pelajar dengan aplikasi e-book didalamnya. E-book tersebut mengandungi silibus setiap matapelajaran bermula dari tahun empat sehingga tahun enam. Kandungan silibus e-book adalah sama dengan kandungan buku teks kerana kandungan itu di imbas berdasarkan buku teks. Kandungan tersebut dikumpul dan dipersembahkan dalam bentuk perisian pembelajaran. Komputer riba mini atau netbook yang dibekalkan turut mengandungi bahan lain seperti Microsoft Office, Al-Quran digital, kamus, perisian audio dan video, permainan dan lain-lain yang mana sebahagian daripadanya telah di masukkan sendiri oleh pelajar-pelajar berkenaan.

Prosedur

Kaedah temubual dan pemerhatian telah dijalankan dalam kajian ini. Pelajar diminta untuk membuka komputer mini masing-masing dan diminta melakukan sebarang kerja pada komputer berkenaan. Pengkaji menjalankan kaedah tembual dan pemerhatian sewaktu di dalam kelas tersebut. Seorang guru telah di temubual mengenai penggunaan aplikasi e-book di kelasnya. Seorang EIO menemani pengkaji selama berada di sekolah dan temubual juga telah dilakukan bersamanya. Pandangan dari guru besar sekolah juga dicatatkan. Temubual yang dijalankan direkod menggunakan perakam suara di telefon bimbit Sony Ericsson dan mengambil gambar menggunakan kamera digital.

Keputusan

Berdasarkan temubual yang dijalankan bersama beberapa orang pelajar, mereka gembira dan berasa seronok dibekalkan dengan netbook yang mengandungi e-book ini. Kebanyakkan daripada mereka menyukai cara pembelajaran menggunakan aplikasi e-book namun terdapat beberapa pelajar yang masih gemar dengan cara pembelajaran menggunakan buku teks. Alasan yang mereka berikan adalah mereka boleh menulis dan membelek – belek buku tersebut dan bagi mereka kaedah itu lebih menyeronokkan. Pengaruh netbook ini adalah besar kepada pelajar-pelajar tahun lima ini. Ini kerana berdasarkan daripada temuramah yang dijalankan, pelajar-pelajar ini akan menggunakannya jika mempunyai masa terluang di rumah ataupun di sekolah.

Temubual yang dijalankan mendapati aplikasi yang biasa mereka gunakan adalah e-book sebagai aplikasi utama. Selain itu, mereka menggunakan netbook tersebut untuk bermain permainan komputer, mengedit gambar, melayari internet, membaca dan mendengar Al-Quran dan doa, menaip menggunakan Microsoft Office dan menggunakan kamus. Kebiasaannya jika di dalam kelas, mereka melayari internet untuk mendapatkan soalan latihan secara atas talian iaitu Zoom A dan soalan yang disediakan oleh pembekal e-book iaitu T-Score. Namun, oleh kerana kesukaran kepada capaian intenet, maka pelajar-pelajar ini tidak dapat melakukan latihan yang disediakan. Pada masa sekarang, pembekal telah membuat inisiatif baru dengan mengeluarkan satu latihan T-Score secara offline. Dengan itu, EIO di sekolah berkenaan akan memasukkan latihan tersebut ke dalam netbook para pelajar secara berperingkat agar mereka dapat menggunakan aplikasi berkenaan. Untuk menggunakan netbook pada waktu persekolahan, pelajar perlu mengecas bateri netbook tersebut sebelum datang ke sekolah dan masalah akan berlaku sekiranya bateri netbook tersebut tidak dapat bertahan dengan lama.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pelajar lebih gemar menggunakan aplikasi yang lain berbanding membaca kandungan e-book. Sebaik sahaja membuka netbook tersebut, sesetengah daripada mereka akan terus membuka aplikasi permainan yang ada di dalam thumb drive merka dan membuka aplikasi video dan audio. Sepanjang berada bersama mereka, mereka kelihatan seronok ketika menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam netbook mereka. Namun, masih terdapat pelajar yang kurang berminat dan hanya melihat rakan-rakan mereka menggunakan netbook tersebut. Selain itu, mereka juga di lihat mahir dalam mengendalikan netbook masing-masing terutamanya aplikasi e-book tersebut.

Menurut guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Malaysia dan Sains yang di temubual, pemberian netbook kepada pelajar-pelajar ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kelebihan yang dapat dilihat adalah terdapat pelajar-pelajar yang sebelum ini tidak tahu cara mengendalikan komputer, kini mereka sudah pandai dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran ini. Mereka dilihat sudah pandai dalam membina carta menggunakan perisian pemprosessan perkataan dan sudah pandai menaip menggunakan papan kekunci. Guru tersebut juga mengatakan latihan T-Score yang disediakan juga baik untuk pelajar-pelajar ini yang mana ianya meliputi kandungan silibus pembelajaran. Walaupun akses kepada internet amat terhad, namun latihan T-Score yang disediakan amat bagus. Guru ini berharap agar T-Score secara offline dapat dilaksanakan dengan kadar secepat yang mungkin.

Selain kelebihan tersebut, terdapat kelemahan yang masih menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah bagi pelajar tahun lima ini. Menurut guru ini, pelajar lebih gemar bermain permainan komputer semasa di dalam kelas. Kadang-kadang jika di tegur, mereka akan berhenti bermain, namun akan menyambung semula tidak lama selepas itu. Guru ini juga mengatakan akses kepada internet adalah terhad dan pelajar tidak dibenarkan menggunakannya. Selain itu, pada netbook tersebut, tiada latihan secara offline untuk pembelajaran disediakan, maka penggunaan kertas dan pensil masih diperlukan. Dari segi penerimaan ibu bapa, guru ini masih tidak mendapat sebarang maklum balas. Namun terdapat keadaan dimana, sebilangan pelajar tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan dan alasan yang diutarakan adalah ibu mereka tidak membenarkan mereka membuka netbook di rumah masing-masing. Guru ini juga kesal dengan sikap sesetengah pelajar tidak menggunakan kemudahan yang diberikan dengan sebaiknya.

Menurut EIO yang bertugas di sekolah berkenaan, tugas utama yang perlu dilakukan olehnya adalah mengurus, menjaga, dan meyelenggara e-book dan peralatannya mengikut jadual yang dirancang, memuat turun dan mengemaskini perisian antivirus yang dibenarkan di e-book dan memastikan ia dikemaskini secara berjadual dan menyelia serta membuat pemantauan terhadap program-program yang di muat turun di e-book oleh pelajar secara berkala. Selain itu, menurut beliau, setiap hari akan terdapat aduan mengenai kerosakan pada netbook para pelajar dan netbook tersebut perlu di format atau di baiki. Terdapat juga sebilangan kecil guru yang tidak mengaplikasikan e-book dalam pembelajaran kerana mereka kurang mahir dan tidak berkebolehan dalam menggunakan aplikasi e-book. Penggunaan e-book di dalam kelas tidak berjadual. Semuanya mengikut kehendak guru terbabit dan terdapat juga guru melarang penggunaan e-book. Ini disebabkan guru terbabit sukar mengawal perhatian pelajar dan kesukaran penggunaan e-book tersebut.

Perbincangan bersama guru besar sekolah juga diadakan. Menurut guru besar, peningkatan akan dilakukan dari masa ke semasa. Latihan kepada guru juga akan diberikan dan pengaplikasian e-book secara menyeluruh akan dilaksanakan setelah beberapa perkara yang menjadi masalah pada masa sekarang dapat diselesaikan terlebih dahulu. Guru besar sekolah juga berpendapat perlunya akses internet yang lancar agar pelajar-pelajar ini mendapat input yang berguna untuk pembelajaran mereka.

Perbincangan dan Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Sowers (2008) menunjukkan terdapat pro dan kontra dalam mengaplikasikan e-book dalam pembelajaran. Menurutnya, alatan yang dibekalkan dalam kajiannya tahan lasak, e-book tidak memerlukan capaian internet dan semua kandungan dimasukkan ke dalam alatan dan ia dilarikan secara bebas. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak menyokong dapatan itu, kerana netbook yang dibekalkan tidak tahan lasak dan mudah dimasuki virus dan netbook tersebut juga memerlukan capaian internet untuk mendapatkan latihan yang berkaitan. Sower (2008) juga dalam kajiannya berpendapat, alatan yang digunakan di dalam kajiannya bersifat intuitif di mana butangnya besar dan senang di kenalpasti, kawalan diletakkan di posisi yang logik untuk tujuan pembacaaan dan kawalan perisian senang difahami dan di cari. Ini selari dengan dapatan kajian iaitu dengan adanya alatan seperti netbook di sekolah, pelajar sebenarnya diberi pendedahan awal dalam mengendalikan komputer. Bagi pelajar-pelajar yang sudah mahir dalam mengendalikan komputer, maka fungsi pada netbook adalah senang digunakan.

Kebanyakkan pelajar sekolah menyukai cara pembelajaran yang baru dan mereka mudah mengaplikasikan pembelajaran mereka dengan penggunaan teknologi ini. Ini bertepatan dengan kajian Simon (2008) yang mendapati kebanyakkan pelajar (86%) mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk belajar bagaimana untuk menyedia dan menggunakan e-book mereka dan peserta kajiannya juga mendapati e-book senang digunakan dan berfaedah untuk pembelajaran. Berdasarkan keputusan kajian pelajar-pelajar ini menumpukan perhatian kepada netbook mereka dan mereka akan menggunakan netbook jika terdapat masa yang terluang. Ini bertepatan dengan dapatan kajian Sowers (2008) yang mendapati reaksi pelajar adalah positif dimana mereka masih menginginkan lebih waktu untuk menggunakan e-book yang disediakan.

Dapatan kajian ini menunjukkan peranan guru dalam menghidupkan suasana pembelajaran cara baru ini tidak mencapai tahap yang memberangsangkan. Guru perlu menerangkan kegunaan sebenar alatan yang disediakan dan seterusnya menggunakannya untuk sesi pembelajaran. Menurut Cavanaugh (2006), ketika e-book semakin diterima, kesedaran para guru dan penggunaannya oleh pelajar tidak menunjukkan peningkatan. Guru perlu sentiasa memastikan diri bersedia dalam menggunakan aplikasi terkini dan dapat menyalurkan maklumat kepada pelajar dengan baik. Capaian internet yang baik adalah penting. Sehubungan itu, amat perlu bagi sesebuah sekolah mengadakan sistem rangkaian yang pantas agar pelajar-pelajar ini memperoleh manfaat darinya.

Secara kesimpulannya, masih terdapat banyak kelemahan yang dapat dilihat dengan jelas dalam program E-book ini. Kesedaran para pentadbir dan guru-guru adalah penting untuk mengenalpasti kelemahan yang ada seterusnya mencari jalan penyelesaian. Siri kajian lanjutan dari sudut keberkesanan penggunaan e-book terhadap prestasi pembelajaran pelajar di seluruh Terengganu perlu dilakukan dan keberkesanan pengajaran guru menggunakan e-book di dalam bilik darjah.


Rujukan

Eric J.Simon (2008). Are e-Books Ready for the Classroom?. Diakses pada 30 Ogos 2010 dari http://campustechnology.com/articles/2001/08/are-ebooks-ready-for-the-classroom.aspx

Bruce Sowers (2008). E-book in classroom – Pass or fail?. Diakses pada 30 Ogos 2010 dari http://www.ebooktechnologies.com/downloads/ebooks_in_class.pdf

Mark R.Nelson (2008). E-book in higher education:Nearing the end of the era of hype?. Diakses pada 31 Ogos 2010 dari http://www.educause.edu/EDUCAUSE+Review/EDUCAUSEReviewMagazineVolume43/EBooksinHigherEducationNearing/162677

Terence W. Cavanaugh (2006). The digital reader: using e-books in K-12 education. Washington: International Society for technology in Education. (4)

Jom ber'blog' dan ber'forum'

Salam semua.

Hari ini saya nak bercerita sedikit berkaitan Blog dan online forum..

Teknologi pada masa kini semakin memudahkan kehidupan kita seharian.Begitu juga dengan cara menyampaikan ilmu pengetahuan. Pelbagai medium dapat digunakan dan dengan cara ini orang ramai dapat berkongsi maklumat antara satu dengan yang lain. Antara kemudahan yang mudah digunakan di Internet adalah Blog dan forum internet. Kedua-dua medium ini dapat menyampaikan maklumat dengan mudah dan berkesan. Guru sepatutnya mengambil peluang ini kerana kaedah ini membolehkan mereka untuk berbincang, menghantar maklumat, memberikan soalan kepada pelajar-pelajar mereka dan pelbagai lagi aktiviti yang mereka boleh lakukan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Blog? Blog yang diambil dari perkataan web log adalah jenis laman web atau sebahagian daripada laman web. Kebiasaannya blog diuruskan oleh seorang individu dengan memasukkkan entry, events atau bahan lain seperti audio dan video secara kerap, Entri-entri ini kebiasaannya akan di paparkan secara terbalik yang mana entri yang lama akan berada di bawah dan enrti yang baru akan berada di bahagian atas.



Contoh blog pendidikan


Definisi Blog sendiri adalah suatu catatan atau tulisan yang terdapat di jaringan internet, sedangkan kegiatan untuk membuat dan mengupdate blog disebut blogging, dan orang yang melakukan blogging disebut blogger. Kebanyakkan blog adalah interaktif dimana ia membenarkan pengunjung blog untuk meninggalkan komen dan mesej melalui widget yang terdapat pada blog.

Dalam dunia pendidikan hari ini menuntut kita semua ke arah berteknologi. Penyampaian ilmu dengan menggunakan medium internet sudah semakin di praktikkan. Guru dan pelajar boleh menggunakan medium blog ini untuk berkongsi pengetahuan dan dengan cara ini ianya memperlihatkan pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik. Antara kelebihan blog dalam pengajaran adalah

  • pembelajaran tidak bergantung kepada tempat dan masa
  • pendidikan lebih menekankan participant oriented dan demand oriented
  • menggunakan bloh membantu pelajar untuk sentiasa aktif sepanjang masa pembelajaran
  • menggunakan blog membantu pelajar meningkatkan tahap penulisan mereka
  • menggunakan blog untuk memperlihatkan kemahiran berfikir seseorang
  • menggunakan blog untuk berkomunikasi secara kolaborasi
  • menggunakan blog menjadikan pendidikan tidak formal
  • menggunakan blog akan melibatkan pembabitan orang luar (bukan rakan sekelas atau guru yang terlibat)
  • menggunakan blog akan membenarkan penggunaan imej sebagai alatan bantu pengajaran dan pembelajaran
  • menggunakan blog akan mengurangkan perbelanjaan
  • menggunakan blog akan memotivasikan pengguna untuk mencuba sesuatu.

Selain itu, klik pada link untuk dapatkan tips sebelum blogging

Ok, itu berkaitan blog. tapi apa pula forum? Awak semua mesti pernah guna forum kan?

Forum internet adalah laman perbincangan atas talian. Ahli forum boleh menghantar topik, membaca dan membalas topic perbincangan tersebut di antara ahli forum yang lain. Forum internet juga di panggil message board, discussion group, bulletin board atau web forum. Walau bagaimanapun, ianya berbeza daripada blog kerana blog ditulis oleh seorang pengguna.

Internet forum membenarkan semua ahli menghantar maklumat dan memulakan topic yang baru. Forum juga berbeza dengan chat room kerana kebiasaannya semua pengguna chat room akan berkomunikasi pada masa yang sama. Pengguna forum tidak perlu berada pada waktu yang sama untuk berkongsi idea dan berkomunikasi. Terdapat banyak forum yang bersifat sumber terbuka di internet contohnya seperti MyBB, PhpBB, vanilla, IceBB, miniBB dan lain-lain.

Contoh forum MyGuru

Sila klik link ini Ainslie Ellis. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ainslie Ellis dalam kajiannya yang bertajuk "Student-Centred Collaborative Learning via face to face and Asynchrounous Online Communication : What's The Difference?" terdapat kelebihan dalam penggunaan forum ini.

Antara kelebihannya adalah :
  • Ianya sesuai untuk pelbagai tempat dan masa
  • Forum lebih adil terutama kepada pelajar yang pendiam dan kurang bercakap.
  • Lebih ramai pelajar akan menyertai perbincangan
  • Penjelasan perbincangan akan berada di forum berkenaan dan sesiapa yang tertinggal boleh membaca kembali mesej yang telah ditulis
  • Pelajar yang berfikiran reflektif akan lebih berminat untuk menyertai perbincangan
  • Kaedah asynchronous akan membenarkan respon pada bila-bila masa
  • Guru tidak lagi sebagai pengajar tetapi sebagai orang tengah
  • Ia membenarkan perbincangan di antara pelajar dengan kumpulan dari kelas yang berlainan
  • Guru menjadi ahli dalam kumpulan perbincangan
  • Lebih terbuka dan bebas dalam memberikan pendapat sendiri dan memberi komen terdapat komen ahli yang lain
  • Boleh memilih tajuk yang disukai untuk berbincang dan setiap orang boleh menghantar pelbagai tajuk dalam forum berkenaan.
Untuk kedua-dua tool yang ada dalam internet ini, saya hanya membincangkan mengenai kelebihan menggunakannya. Ya, terdapat juga kelemahan dalam mengapllikasikannya, namun bagi saya, kenapa perlu melihat kepada kelemahan sedangkan jika kita betul-betul menggunakan aplikasi2 ini, ia dapat memberi kemudahan kepada kita semua.

Dibawah ini ada video yang dicipta oleh saya dan rahani berkaitan internet forum.

video
Digital storytelling berkaitan forum internet


Setakat itu sahaja perbincangan kali ini.. Sekian terima kasih

See you on the Net!

Salam semua. apa khabar hari ini. harap semua sihat.

Di dalam kelas yang lepas, pensyarah saya ada menyentuh berkenaan web 3.0. saya agak tertarik dengan tajuk ini. Bukannya ape, saya baru je tahu yang kita sekarang mengaplikasikan web 2.0 beberapa bulan yang lepas, alih-alih dunia kita akan berginjak ke web 3.0 pulak. begitu cepat peredaran teknologi.. saya juga yang agak ketinggalan.. jadi untuk tidak ketinggalan lagi, hari ini saya nak sentuh sedikit berkenaan web 3.0..

Ok. sebelum berceloteh panjang lebar, saya ingi berkongsi dengan anda semua beberapa video yang saya rasakan menarik untuk dipertontonkan selain membantu pemahaman anda semua.







Anda semua faham tak dengan penerangan kat video tu? menarik kan? ok la, kat sini saya akan terangkan sedikit la berkenaan web ini.. secara ringkas apa yang saya faham mengenai konsep

web 1.0
- Ciri-cirinya consult, surf, search..
- Konsepnya kita perlu mencari dan browse untuk mendapatkan informasi.

web 2.0
- Ciri-cirinya share, collaborate, exploit
- Konsepnya kita berkongsi ilmu dan membentuk komuniti terbesar atas talian

web 3.0
- Ciri-cirinya suggest, happen, provide
- Konsepnya seperti personal assistant manusia.Web Semantik yang boleh memberi pandangan dan menyediakan maklumat yang kita perlukan. Web Semantik ini adalah laman web yang dilengkapi struktur web yang boleh berfikir.Web 3.0 adalah dunia virtual kita. contohnya, kita cipta avatar yang mewakili diri kita dan pada dunia nyata kita dapat melakukan kerja yang lain.