Penggunaan ICT dalam Pendidikan

Pendidikan yang bermakna adalah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian. Walaupun FPN telah menegaskan tentang konsep perkembangan individu melalui konsep JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek), tetapi konteks pendidikan kita sekarang lebih menjurus kepada kebolehan intelek semata-mata.

Menurut Wan Rozali (2004), ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaaan peralatan teknologi pendidikan uyntuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran, penggunaan sistem teknologi pendidikan melibatkan lima komponen yang saling berkaitan
  • Material
  • Manpower
  • Method
  • Media
  • Machine

Kenapa penggunaan ICT masih kurang di sekolah? Mungkin disebabkan oleh
  • Kesukaran menggunakan harware dan software dan ini akan mengganggu proses pengajaran.
  • Penyediaan bahan pengajaran memakan masa yang lama.
  • Tiada kemahiran dalam mengendalikan teknologi.

Kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Meningkatkan minat pelajar
  • Pelajar lebih gembira
  • Meningkatkan tahap pembelajaran pelajar.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri.
  • Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran menjadi lebih menarik.
  • Bahan boleh disimpan dan digunakan semula

Kekurangan
  • Masalah teknikal. Pendidik tidak pakar dalam mengendalikan masalah teknikal.
  • Sumber yang kurang
  • Peralatan yang mahal
  • Guru memerlukan lebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran.

3 Response to "Penggunaan ICT dalam Pendidikan"

  1. Rohaida Ibrahim says:
    July 21, 2010 at 11:50 PM

    kebanyakan kajian yang di lakukan penyelidik mendapati bahawa penggunaan ICT dalam pendidikan ni kurang mendapat perhatian adalah kerana teknikal.. bagi guru2 lebih senang mereka menggunakan secara manual berbanding ICT.. salah satu sebab adalah lambat tuk on komputer..

  2. Bersama Motivator Anda says:
    July 27, 2010 at 2:16 AM

    saya setuju dgn pandangan rohaida. sebenarnya, masih ramai guru yang fobia dengan ICT atau komputer. ada juga guru masih berpandangan negatif terhadap internet. soal teknikal sebenarnya boeh diatasi dengan pemupukan minat dan pencambahan ilmu. jadi, secara realitinya, masih ramai guru menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran.

  3. Nafaidilah Nasir says:
    August 15, 2010 at 8:56 PM

    itulah, selama ini saya ingtakan semua cikgu reti dalam teknologi. sebab bagi saya komputer bakal (sudah)menjadi asas dalam kehidupan kita. jadi sebagai guru yang menjadi pengajar kepada generasi mahir IT, mereka perlu peka dengan keadaan sekeliling. keadaan yang menuntut mereka mahir dalam IT. saya harap tak lama lagi, semua guru akan reti kendali komputer.
    saya ade terbaca satu artikel.artikel ini berkisar penggunaan teknologi di sekolah. ini link dia.
    http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/methods/technlgy/te200.htm

Post a Comment